Saturday, 30 July 2011

CARA MENANAM PETOLA SEGI

SAYA INGIN BERKONGSI CARA MENANAM PETOLA SEGI NI KERANA SAYA SEDANG BELAJAR DI UITM,Jengka dalam DPIM DAN SAYA MEMILIH UNTUK MENANAM PETOLA SEGI INI SERTA BEBERAPA POKOK LAIN.. MARI KITA LIHAT CARA2NYA..
       
Petola segi (Luffa acutangula) adalah sayuran berbuah yang tumbuh melilit di tanah-tanah rendah.  Ia adalah jenis mentimun (cucurbit) yang dipercayai berasal dari benua India.  Bentuk buahnya bujur dan menirus ke arah hujung, berukuran antara 20-40 cm panjang dan 5-10 cm garis pusat.  Buah berwarna hijau dan mempunyai 10 garisan bersegi tirus yang memanjang.

Varieti
Petola tempatan, Pin-Ann (hidbrid, San-C (hidbrid)

Iklim dan Tanah
Memerlukan hujan yang banyak sepanjang tahun dan cuaca yang panas.  Petola sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan seperti tanah gembur, tanah liat ringan dan tanah liat berpasir.  Kawasan yang mempunyai saliran yang baik dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta pH 6.0 - 6.5 adalah paling sesuai.

Penanaman
·         Penyediaan Tanah
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20-30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar.  Lakukan pengemburan dengan menggunakan cangkul atau trektor.  Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/sampah sarap sebelum menyediakan batas.
 
·         Membuat Batas
Sediakan batas berukuran lebih urang 1.2 m lebar, 7.5 panjang dan 20 cm tinggi.  Gaulkan baja asas seperti tahi ayam reput sebanyak 2 tan metirk untuk 0.04 ha. kawasan ke dalam tanah seminggu sebelum menanam.  Kemudian, buatkan lubang-lubang sedalam 5 cm pada batas dengan jarak 150 cm x 90 cm ataupun 60 cm x 60 cm atau 45 cm x 60 cm bergantung kepada sistem tanaman.
 
·         Menanam
Petola dibiakkan dengan biji benih yang ditanam terus ke batas.  Sebelum menanam, rendamkan dahulu biji benih dalam air selama 4-5 jam dan rawat dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih.  Letakkan 2-3 biji benih dalam setiap lubang yang telah disediakan, dengan jarak 2 cm antara satu sama lain.  Kemudian timbus biji benih dengan tanah lebih kurang 3 cm dalam.  Untuk kawasan seluas 0.4 ha. sebanyak 2-3 kg biji benih diperlukan.   Selepas 10 hari menanam, penjarangan dibuat dengan meninggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang.

Penjagaan
Letak rumput-rumput kering atau jerami padi di permukaan batas selepas menanam sebagai sungkupan.  Ini adalah untuk mengawal kelembapan dan suhu tanah serta melambatkan pertumbuhan rumpai.  Hakisan dapat juga dikurangkan.
Tanaman petola bertabiat menjalar dan memerlukan kayu junjung atau penyokong untuk memanjat.  Penyokong yang dibuat daripada kayu buluh dan lain-lain bahan yang mudah didapati atau sistem para-para dawai perlu disediakan 2 minggu selepas menanam.  Satu lagi cara untuk menyokong pokok ialah dengan sistem "trellis".  Pacakkan batang-batang kayu tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.4 m panjang dan 6-10 cm paris pusat.  Sambungkan dua tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan menggunakan dawai kasar untuk dijadikan junjung.  Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang.  Apabila anak pokok berumur 15-20 hari gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.  Sistem pancang dengan kayu atau pun buluh boleh juga digunakan, walau bagaimanapun hasil yang didapati adalah rendah dibandingkan dengan cara sistem trellis.

Membaja
Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan/0.4 ha) elok digunakan sebagai baja asas di dalam penanaman petola.  Selain daripada baja organan, baja sebatian contohnya N:P205: K20:Mg0  12:12:17:2
Masa Pembajaan
Kadar Baja
(kg/0.4 ha)
Cara Membaja
3 minggu lepas tanam
5 minggu lepas tanam
7 minggu lepas tanam
100
200
200
Tabur di keliling pokok.
Tabur antara pokok.
Tabur antara pokok.

Menyiram
Petola memerlukan air yang cukup untuk hidup subur.  Siram dua kali sehari iaitu pagi dan petang terutama apabila cuaca terlampau panas.

Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok
Amalan membuang tunas elok juga dilakukan.  Biarkan hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah.  Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang.  Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembetukan buah yang lebih besar.  Pokok-pokok juga eloklah digalakkan memanjat dan menjalar di atas para.  Buah-buah muda yang terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan penmbesarannya tidak terganggu.

Membalut Buah
Kerja-kerja membalut buah boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.  Kerja ini dilakukan selepas menyembur racun.  Buah-buah yang sedang membesar dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.

Kawalan Serangga / Penyakit
·         Lalat Buah - balut buah, sembur racun serangga, jika perlu.
·         Kumbang Daun - sembur racun Methamidophos.
·         Kepindang Buah - sembur racun Methamidophos.
·         Kulapuk Downy - sembur racun kulat Maneb.

Memungut Hasil
Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari.  Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali.  Peti buah tiap-tiap hari iaitu di waktu pagi dengan menggunakan pisau yang  tajam.  Petiklah buah yang masih lembut dan belum bersabut.  Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah 105-110 hari.  Hasil purata yang dipungut dengan menggunakan sistem pancang adalah dianggarkan 5,200 kg /0.4 ha. dan sistem trellis dianggarkan antaa 9,000-15,000 kg / 0.4 ha.

PAHAM TIDAK.. SAYA MUHAMMAD FAIZ BIN ISMAIL MELAPORKAN UNTUK WARGA MALAYSIA DAN WARGA DPIM

Tuesday, 19 July 2011

Aku Seorang Peladang: 50 cara pikat hati perempuan

Aku Seorang Peladang: 50 cara pikat hati perempuan: "ini adalah petua bagaimana anda boleh memikat hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah ke..."

50 cara pikat hati perempuan

ini adalah petua bagaimana anda boleh memikat hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian :>

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.